Capcut Video Editing

12 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Mac 2024, telah diadakan pembelajaran “Capcut Video Editing” bertempat di NaDi Felda Pasoh 2. Sesi ini berlangsung dari jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.

Pada kali ini, staf NaDi memberi garis panduan kepada usahawan untuk menghasilkan video menggunakan aplikasi Capcut dalam telefon bimbit. Tujuan usahawan membuat video adalah untuk mempromosikan jualan kuih raya beliau. Usahawan belajar masukkan tulisan dan membuat animinasi tulisan, memilih filter yang sesuai untuk mencantikkan video, memendekkan masa video dan memasukkan lagu ke dalam video tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali